Sunday 19 January 2014

VDI Thin Client



Pengenalan kepada VDI Thin Client

Virtual Desktop Infrastructure (VDI) yang diguna pakai di dalam persekitaran projek ini adalah VMware Horizon View 5.2. Vmware Horizon View 5.2 ini memberikan perkhidmatan desktop daripada server untuk membolehkan pengguna menggunakan sistem operasi sama seperti komputer tradisional  (“no changed
environment”).

Dengan menggunakan sistem Virtual Desktop Infrastructure (VDI), ia memudahkan pengurusan IT mengautomasikan dan menyelenggara sebanyak mana Thin Client. Selain itu, pengguna juga dapat mencapai sistem operasi dan aplikasi yang telah di pasang tidak kira dimana berada.

Antara kelebihan penggunaan VDI Thin Client ini adalah:
• Memudahkan pengurusan dan meningkatkan mutu kawalan
• Mengurangkan “Total Cost Ownership (TCO)” sehingga 50%
• Pengalaman capaian desktop yang lebih baik
• Strategi kesinambungan dan Pemulihan Bencana
• Menyokong produktiviti pengguna dengan konsep “Follow-Me-Desktop”
• Fleksibel dalam penggunaan polisi “hardware” 

Chromebook



Chromebook merupakan jenis komputer baharu yang direka untuk membantu anda melaksanakan tugas dengan lebih cepat dan mudah. Ia menjalankan OS Chrome, sistem pengendalian yang mempunyai berbilang lapisan keselamatan, storan awan dan produk Google yang paling popular terbina sekali.
Penggunaan teknologi Chromebook akan dapat membantu guru dan pelajar bergerak di mana-mana kawasan liputan 1BestariNet termasuk di bilik-bilik darjah dan sekolah-sekolah yang lain yang mana akses kepada 1BestariNet dapat diperolehi. Mulai tahun 2013, aplikasi dan bahan PdP adalah secara online dan menggunakan akses internet. Persekitaran ini memerlukan perkakasan yang sesuai. Bagi membolehkan matlamat ini dicapai, kerajaan mengambil langkah membekalkan peralatan Chromebook dengan konsep “cloud computing”.

1Bestarinet





1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan
tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.
MESYUARAT DAN BENGKEL KERJA PENYELARASAN AKTIVITI 
PKG DAERAH KUALA MUDA / YAN 2014

TARIKH
:
21 JANUARI 2014 (SELASA)
MASA
:
9.00 PAGI – 5.00 PETANG
TEMPAT
:
BILIK MESYUARAT PKG BUJANG