Sunday 19 January 2014

VDI Thin Client



Pengenalan kepada VDI Thin Client

Virtual Desktop Infrastructure (VDI) yang diguna pakai di dalam persekitaran projek ini adalah VMware Horizon View 5.2. Vmware Horizon View 5.2 ini memberikan perkhidmatan desktop daripada server untuk membolehkan pengguna menggunakan sistem operasi sama seperti komputer tradisional  (“no changed
environment”).

Dengan menggunakan sistem Virtual Desktop Infrastructure (VDI), ia memudahkan pengurusan IT mengautomasikan dan menyelenggara sebanyak mana Thin Client. Selain itu, pengguna juga dapat mencapai sistem operasi dan aplikasi yang telah di pasang tidak kira dimana berada.

Antara kelebihan penggunaan VDI Thin Client ini adalah:
• Memudahkan pengurusan dan meningkatkan mutu kawalan
• Mengurangkan “Total Cost Ownership (TCO)” sehingga 50%
• Pengalaman capaian desktop yang lebih baik
• Strategi kesinambungan dan Pemulihan Bencana
• Menyokong produktiviti pengguna dengan konsep “Follow-Me-Desktop”
• Fleksibel dalam penggunaan polisi “hardware” 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.