Saturday 19 July 2014

Wednesday 16 July 2014

PENGGUNAAN VLE FROG

Mohon kepada pentadbir untuk memastikan sekurang-kurangnya5 orang pelajar login vle mengikut ID masaing-masing.Pelajar-pelajar ini perlu login sekurang-kurangnya 30 minit.

Tuesday 15 July 2014

PENARAFAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARD 2014


Penarafan Tahap Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) dilaksanakan setiap tahun. Keputusan penarafan ini dlaporkan di mesyuarat Pengurusan Tertinggi KPM dan juga Mesyuarat Flagship Coordination Committee (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dr KSN.

Instrumen SSQS 3.0 ini akan di lengkapkan oleh
  1. Pentadbir (Pengetua/Guru Besar)
  2. Guru Penyelaras Perpustakaan (GPM)
  3. Guru (30 orang)
  4. Murid (30 orang)
Pengisian data SSQS ini akan dilakukan secara atas talian (online) di laman

http://btpnkedah.moe.edu.my/ssqs2014/

Tempoh penarafan adalah bermula pada 15 Julai 2014 hingga 15 Ogos 2014
Sebarang pertanyaan berkaitan penarafan ini boleh hubungi En.Mohamad Shukry Bin Baharom(019-4791767) dan En.Muhammad Syazwan Bin Adnan (012-4700244).

Sunday 13 July 2014

PENGISIAN DATA NILAM

6 - 15 / 7 / 2014
Sebarang masalah boleh berhubungan dengan PKG Bujang

Saturday 12 July 2014

Membuat Carta Secara Online


ChartGizmo
Adakah anda memerlukan carta daripada data-data anda..? Anda boleh membuat carta secara online di ChartGizmo. Apliaksi ini membolehkan anda membuat tiga jenis carta iaitu, carta bar, carta pai dan carta garis. Perkhidmatan ini adalah percuma namun perlulah mendaftar terlebih dahulu. Manual disediakan oleh penyedia perkhidmatan. Carta-carta yang dihasilkan bolehlah digunakan dalam pembentangan anda, brosur, blog atau sebagainya kerana hasil carta juga boleh disimpan dalam bentuk HTML. Selamat mencuba.

Category Pembestarian

Apakah Pembestarian Sekolah

Logo Sekolah Bestari: Mendidik Jiwa dan Minda
APAKAH ITU PEMBESTARIAN SEKOLAH?
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri(self-paced).

Wednesday 9 July 2014

PEMANTAUAN INSIATIF ICT SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KEDAH

TARIKH : 15 - 16 JULAI (SELASA DAN RABU)
MASA : 8.30 PAGI
SEKOLAH YANG TERLIBAT : SMK AMAN JAYA
SK.SEMELING
SK.HAJI OMAR TAHIR
PEGAWAI PEMANTAU : EN.MOHD ASRI BIN SHUIB
EN.MOHD FAIRUZ BIN ABD LATIF
EN.MOHAMMAD AZHAM BIN AWANG

Program AnuraQuest mengimarakan Frog VLE


aqtt2_1PROGRAM ANURAQUEST adalah satu pertandingan pembelajaran berasaskan projek (Project Based Learning) yang dibuat melalui platform Frog VLE. Matlamat akhir program ini ialah untuk mewujudkan satu ensiklopedia digital di setiap sekolah yang boleh dijadikan sebagai gedung ilmu warga sekolah. ‘Anura’ ialah nama saintifik bagi katak manakala ‘quest’ ialah satu pencarian. Maka ‘AnuraQuest’ bermaksud satu pencarian ilmu pengetahuan yang tidak ada penghujungnya.
Konsep ini menggunakan teori konstruktivisme, iaitu pelajar mencari, mengumpul dan membuat rumusan suatu maklumat. Selain daripada menggalakkan proses inkuiri, pendekatan ini juga menyokong gaya pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, motto bagi program ini ialah ‘Ke Arah Melahirkan Pelajar Abad Ke-21′. Perbincangan tentang program ini boleh diikuti di http://www.facebook.com/anuraquest.

Portal eGuru


Muka depan Portal eGuru


Portal eGuru adalah satu portal KPM/BTP yang memuatkan video-video  sebagai rujukan dalam pelaksanaan SKPM khasnya Standard 4.0: Pengajaran dan Pembelajaran. Pengguna boleh memuatnaik video sendiri setelah mendaftar. Portal yang menyokong konsep user generated content seperti ini merupakan satu ciri yang baik. Tahniah kepada BTP atas usaha ini. Pautan di sini.