Sunday 18 June 2017

TINDAKAN PENGUKUHAN TERHADAP WANNACRY RANSOMWARE

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
 
Merujuk kepada Nota Makluman CERT KPM Bil. 1 Tahun 2017 berkaitan dengan ancaman siber berbahaya WannaCry Ransomware yang telah die-melkan pada 15 Mei 2017 oleh Postmaster KPM, dimaklumkan bahawa BPM dan pihak berkaitan sedang melaksanakan pelan tindakan pengukuhan bagi serangan WannaCry Ransomware ini. Namun demikian BPM memohon kerjasama semua pihak untuk bersama-sama melaksanakan tindakan pengukuhan mengemaskini Windows Patches yang telah disediakan oleh BPM seperti di bawah.
 
Langkah untuk mengemaskini Windows Patches
 
  1. Taip systeminfo | findstr /B /C:"OS Name" /C:"OS Version" /C:"System Type" pada command prompt. (taip cmd padaSearch programs and files bagi Windows 7 ke atas, taip cmd pada run bagi Windows XP)
 
 
  1. Sila muat turun fail patches tersebut mengikut nama, versi dan jenis Windows Operating System (OS) seperti yang terpapar di output command prompt komputer anda. (x86 = 32 bit, x64 = 64 bit)
  2. Memuat turun fail patches daripada pautan ini:https://onlinestorage.moe.gov.my/public/38e9978d85b2926d9066f056f0f5adaf
  3. Unzip fail patches yang telah dimuat turun.
  4. Instalasi ini hendaklah dilaksanakan dalam Administrator Mode.  Sekiranya komputer anda memerlukan username dan password untuk meneruskan instalasi ini, mohon rujuk kepada langkah ke 7 seperti di bawah.
  5. Double click pada fail tersebut dan install. 
  6. Sebarang kemusykilan sila kemukakan kepada Penyelaras ICT Bahagian/Helpdesk BPM - 03-8884 3717/3752 / Mohamad Roshidi Rozali – 03-88843767 dan Chong Mei Hua – 03-88843588
Sumber : URUS SETIA COMPUTER EMERGENCY RESPONSE TEAM KPM

Wednesday 14 June 2017

INSTRUMEN SSQS 3.0 DAN GARIS PANDUAN SSQS 3.0

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dilampirkan maklumat berkenaan untuk makluman dan perhatian tuan sebagai persediaan Penarafan SSQS 2017 yang dijangka bermula 15 Julai hingga 31 Ogos 2017.

Download Instrumen SSQS 3.0 & Garis Panduan 3.0

Sunday 11 June 2017

Makluman

Tuan / Puan,
 
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
2.            Sukacita dimaklumkan, pihak YTLC telah menyediakan laman web capaian yang baharu yang boleh diakses melalui alamat URLhttps://hopin.frogasia.com, seperti yang diterangkan dalam surat yang dilampirkan.
 
3.            Sesalinan surat tersebut juga telah diedarkan melalui faksimili. Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
 
Sekian.

Surat  Makluman HopIn Baharu - Download
Letter - New Hopin Landing Page -  Download

 Login to Frog

Saturday 10 June 2017

Makluman Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Peranti YES Altitude

Tuan / Puan,

Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas dan lampiran surat kepada Jabatan Pendidikan Negeri (Ruj: KP(BTP-PENT)S/8800/50/26 Jld 8 (67)) bertarikh 8 Jun 2017.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa bahagian ini bersama pihak YTL Communications Sdn. Bhd. telah menyediakan SOP pengurusan peranti YES Altitude, bertujuan sebagai rujukan dalam membantu Bahagian KPM, JPN, PPD dan sekolah melancarkan pelaksanaan projek Pelan Data Guru di sekolah-sekolah KPM yang terlibat. SOP ini telah melalui beberapa proses perincian dan pemurnian yang berpandukan Perjanjian Kontrak Perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 (KPM/41/2016/06/0001)

3.            Untuk makluman tuan/puan jua, dokumen ini adalah sesuai untuk digunakan pada masa ini dan sebarang perubahan dan penambahbaikan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Kerjasama dan perhatian tuan / puan berhubung perkara ini adalah sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Download Surat

Download Dokumen SOP

Monday 5 June 2017

BILANGAN ADUAN KEROSAKAN (STS) ZON PKG BUJANG
BILNAMA SEKOLAHJUMLAH ADUAN
1SK SEMELING3
2SK HAJI OMAR TAHIR1
3SK BATU HAMPAR16
4SK TANJONG DAWAI24
5SK KAMPUNG PASIR5
6SJKC CHOONG CHENG8
7SJKT LADANG TUPAH2
8SMK AMAN JAYA4
9SMK MERBOK3
JUMLAH66

GURU ADVOKASI PKG BUJANG 2017


Informasi Frog Appliance

BM VERSION
Frog Appliance telah dinaiktaraf dengan fungsi-fungsi baharu yang lebih menarik!

Frog Appliance memperkayakan pengalaman di dalam bilik darjah untuk murid-murid dan guru-guru dengan menyediakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif menerusi Frog VLE. Dengan pembaharuan ini, penyampaian pengajaran dan pengalaman pembelajaran yang lebih ekslusif oleh guru-guru kepada murid-murid di dalam bilik darjah melalui kaedah berikut:

      Guru-guru boleh menyediakan pengajaran dari rumah
      SCORM (E-Bahan) setempat

      Aplikasi Kuiz setempat dan berpusat

Download Tutorial