Sunday 18 June 2017

TINDAKAN PENGUKUHAN TERHADAP WANNACRY RANSOMWARE

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
 
Merujuk kepada Nota Makluman CERT KPM Bil. 1 Tahun 2017 berkaitan dengan ancaman siber berbahaya WannaCry Ransomware yang telah die-melkan pada 15 Mei 2017 oleh Postmaster KPM, dimaklumkan bahawa BPM dan pihak berkaitan sedang melaksanakan pelan tindakan pengukuhan bagi serangan WannaCry Ransomware ini. Namun demikian BPM memohon kerjasama semua pihak untuk bersama-sama melaksanakan tindakan pengukuhan mengemaskini Windows Patches yang telah disediakan oleh BPM seperti di bawah.
 
Langkah untuk mengemaskini Windows Patches
 
  1. Taip systeminfo | findstr /B /C:"OS Name" /C:"OS Version" /C:"System Type" pada command prompt. (taip cmd padaSearch programs and files bagi Windows 7 ke atas, taip cmd pada run bagi Windows XP)
 
 
  1. Sila muat turun fail patches tersebut mengikut nama, versi dan jenis Windows Operating System (OS) seperti yang terpapar di output command prompt komputer anda. (x86 = 32 bit, x64 = 64 bit)
  2. Memuat turun fail patches daripada pautan ini:https://onlinestorage.moe.gov.my/public/38e9978d85b2926d9066f056f0f5adaf
  3. Unzip fail patches yang telah dimuat turun.
  4. Instalasi ini hendaklah dilaksanakan dalam Administrator Mode.  Sekiranya komputer anda memerlukan username dan password untuk meneruskan instalasi ini, mohon rujuk kepada langkah ke 7 seperti di bawah.
  5. Double click pada fail tersebut dan install. 
  6. Sebarang kemusykilan sila kemukakan kepada Penyelaras ICT Bahagian/Helpdesk BPM - 03-8884 3717/3752 / Mohamad Roshidi Rozali – 03-88843767 dan Chong Mei Hua – 03-88843588
Sumber : URUS SETIA COMPUTER EMERGENCY RESPONSE TEAM KPM