Saturday 10 June 2017

Makluman Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Peranti YES Altitude

Tuan / Puan,

Dengan hormatnya saya diarah menarik perhatian tuan/puan kepada perkara di atas dan lampiran surat kepada Jabatan Pendidikan Negeri (Ruj: KP(BTP-PENT)S/8800/50/26 Jld 8 (67)) bertarikh 8 Jun 2017.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa bahagian ini bersama pihak YTL Communications Sdn. Bhd. telah menyediakan SOP pengurusan peranti YES Altitude, bertujuan sebagai rujukan dalam membantu Bahagian KPM, JPN, PPD dan sekolah melancarkan pelaksanaan projek Pelan Data Guru di sekolah-sekolah KPM yang terlibat. SOP ini telah melalui beberapa proses perincian dan pemurnian yang berpandukan Perjanjian Kontrak Perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 (KPM/41/2016/06/0001)

3.            Untuk makluman tuan/puan jua, dokumen ini adalah sesuai untuk digunakan pada masa ini dan sebarang perubahan dan penambahbaikan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Kerjasama dan perhatian tuan / puan berhubung perkara ini adalah sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Download Surat

Download Dokumen SOP