Monday 20 June 2016

KAMPUS ASTRO

Kampus Astro adalah salah satu inisiatif pembelajaran di bawah program tanggungjawab sosial korporat Astro. Dilancarkan pada akhir tahun 2008, misi program Kampus Astro adalah untuk membawa satu pengalaman pembelajaran yang holistik dan menyeronokkan dengan sumbangan  sebuah dekoder Astro yang mempunyai fungsi rakaman sehingga 80 jam, satu unit televisyen LCD dan akses kepada 15 siaran antarabangsa dan tempatan kepada lebih dari 10,000 sekolah kebangsaan dan menengah kerajaan (anggaran lebih kurang 5.3 juta pelajar) termasuk Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di seluruh Malaysia.

Di bawah program Kampus Astro ini, kami bukan hanya membekalkan set peralatan Kampus Astro dan akses kepada siaran program pembelajaran sahaja, malah kami juga menitikberatkan latihan penggunaan kepada guru-guru media, perkembangan kandungan pembelajaran yang lebih berkualiti dan relevan untuk pelajar-pelajar Malaysia dan juga aktiviti jangkau luar bersama guru dan pelajar.
Kini, sekolah-sekolah seluruh Malaysia mampu menonton saluran-saluran yang khas termasuklah RTM 1, RTM 2, Astro Tutor TV, Astro TVIQ, Astro Xiao Tai Yang, Astro Ceria, Astro Arena, Astro Awani, Bernama TV,  Disney Channel, History Channel, Discovery Channel, Discovery Science, Animal Planet dan National Geographic Channel.
Untuk keterangan lebih lanjut sila klik di sini

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SSQS TAHUN 2016

Makluman Awal



* PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) AKAN BERMULA PADA 15 JULAI HINGGA 30 OGOS 2016

#MalaysiaNgaji


Sunday 29 May 2016

Pengurusan Penyerahan Bateri Chromebook Yang Dilaporkan Menggelembung Kepada Pihak BTP PMO

Perkara diatas adalah dirujuk
 
2. Surat YTLC (SA/KPM/CB/KSU/2016/05/001) bertarikh 3 Mei 2016 adalah berkaitan.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa YTLC bersetuju untuk menggantikan bateri Chromebook WiMAX yang menggelembung tanpa sebarang kos walaupun waranti bateri telah tamat.
 
Untuk makluman, aduan bateri Chromebook WiMAX yang menggelembung perlu dilaporkan oleh pihak sekolah kepada meja bantuan YTLC selewat-lewatnya pada 30 Jun 2016. Pihak YTLC akan menggantikan bateri tersebut secara penggantian secara one off dan selepas itu tiada lagi penggantian bateri Chromebook WiMAX lagi. 
 
Sebagai ingatan bersama, gambar di bawah merupakan Chromebook WiMAX yang boleh dicam melalui:
 
i.                     Logo ‘yes’ berwarna kelabu
ii.                   Sticker kuning (sticker ungu untuk Chrome Lab 2)
 
 
 
 
Sebarang masalah boleh berhubung terus dengan PKG Bujang

Saturday 28 May 2016

PERTANDINGAN WACANA KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN

PIALA CABARAN CYBERSAFE (NATIONAL ICT SECURITY DISCOURSE: CYBERSAFE CHALLENGE TROPHY (NICTSeD 2016))
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah boleh mendapatkan maklumat lanjut dan penyertaan berkenaan Piala Cabaran Cybersafe melalui akses www.cybersafe.my/en/nictsed/

Saturday 14 May 2016

Sunday 24 April 2016

Wednesday 13 April 2016

1BestariNet Teacher Awards 2016 (1BNTA) ‘Celebrating 21st Century Teachers

1BNTA JPN 11April16

Sukacitanya dimaklumkan bahawa YTL Communications Sdn Bhd dan FrogAsia Sdn Bhd akan  menganjurkan“1BestariNet Teacher Awards 2016 (1BNTA) ‘Celebrating 21st Century Teachers” yang akan disampaikan bersempena sambutan Hari Guru 2016. 
Penyertaan guru boleh dibuat melalui pautan 1bnta.com  sebelum 29 April 2016

Tuesday 12 January 2016

Perutusan Tahun Baru 2016 Oleh Yb Menteri Pendidikan

Tahun 2015 bakal melabuh tirai. Lima bulan pertama saya menerajui KPM; memahami Dasar dan Polisi, mengenali serta menjalin hubungan positif dengan pihak pengurusan dan pentadbiran dan menyusuri setiap isu-isu utama pendidikan. Beberapa langkah proaktif telah dibuat sebagai langkah pertama untuk perlaksanaan menyeluruh.
Tahun 2016 bagi saya adalah tahun permulaan untuk memperkasakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, khususnya bagi mengerakkan anjakan Gelombang ke-2 PPPM 2016-2020 (G2 PPPM 2016-2020).


Sunday 10 January 2016

KHIDMAT BANTU ICT SK.MERBOK (PUSAT) 07.01.2016

Khidmat bantu ICT di makmal komputer sekolah
kerja-kerja menaikan taraf (update) windows 10

Tatacara Pengurusan Aset Bagi Peralatan ICT Yang Disenggara Secara Gantian (1 PP)

- Dimaklumkan peralatan ict yang disenggara secara menukar ganti dengan peralatan baharu perlu mematuhi tatacara seperti mana yang terkandung dalam 1perkeliling perbendaharaan ( 1PP ) yang sedang diguna pakai.
- Oleh yang demikian bersama ini dilampirkan tatacara, carta dan  Borang GS01 sebagai rujukan dan tindakan pihak tuan.




Makmal Komputer Mudah Alih Chromebook: Naik Taraf Chrome OS Versi 44

Pohon kerjasama pihak sekolah untuk memastikan Chromebook dinaik taraf kepada Chrome OS versi 44 secara automatik.

Surat siaran KPM

PERMOHONAN PENYELENGGARAAN PSS 2016

Perkara di atas dirujuk.

Kerjasama dari pihak tuan amat diperlukan bagi mendapatkan maklumat berkenaan permohonan penyelenggaraan PSS 2016

Maklumat ini hendaklah diisi pada atau sebelum 12 Januari 2016

Sekolah yang tidak memberikan maklumbalas sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan dianggap tidak membuat apa-apa permohonan penyelenggaraan PSS untuk tahun 2016.


Sila klik pada pautan berikut untuk membuat permohonan;

bit.do/pppssb2016

MAKLUMAT SEKOLAH, PENTADBIR, GPM DAN GPN ZON PKG BUJANG 2016

Perkara di atas dirujuk.
 
Mohon kerjasama pihak sekolah untuk melengkapkan maklumat yang dikehendaki di pautan yang diberikan untuk simpanan PKG Bujang.
 
Maklumat Sekolah - http://bit.do/msb2016
Pentadbir Sekolah - http://bit.do/psb2016
Guru Perpustakaan dan Media - http://bit.do/gpmb2016
Guru Penyelaras Bestari - http://bit.do/gpbb2016