Saturday 14 July 2018

PERTANDINGAN PORTAL & LAMAN WEB SEKOLAH NEGERI KEDAH 2018

Tuan/puan,

2.  Dimaklumkan bahawa, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah akan menganjurkan Pertandingan Portal dan Laman Web Sekolah bagi sekolah-sekolah di negeri Kedah. Pertandingan ini adalah salah satu aktiviti utama dalam Anugerah TMK Peringkat Negeri Kedah yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2018.
 
3.  Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah di negeri Kedah. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu portal / laman web dandashboard / site VLE sekolah. Hanya satu kategori sahaja dibenarkan untuk disertai. Weblog atau blog tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Julai 2018.

4.  Pendaftaran boleh dibuat atas talian di http://btpnkedah.moe.gov.my/websekolah 

5.  Sebarang pertanyaan boleh hubungi PKG masing-masing atau pegawai meja pertandingan ini iaitu Encik Muhammad Zamani bin Zakaria di talian 047740800 sambungan 814 .