Sunday, 15 January 2017

BENGKEL FROG VLE MODUL PIE 2017



Bengkel  Frog VLE Modul PIE akan diadakan sepanjang bulan Januari.

08/01/2017  - PKG Bujang (9.00 Pagi)

09/01/2017  - PKG Bujang (9.00 Pagi)

09/01/2017 - SK.Batu Hampar (2.30 Petang)

10/01/2017  - SJK(C) Choong Cheng Tanjong Dawai (2.30 Petang)

11/01/2017 - SK Semeling (2.30 Petang)

16/01/2017 - SK.Tanjong Dawai (9.00 Pagi Bertempat PKG Bujang)




Wednesday, 11 January 2017

ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH


MAKLUMAN
Tuan/Puan,

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.Mohon semua sekolah mengisi STS sekiranya terdapat kerosakan peralatan ICT disekolah

HEBAHAN: MESEJ INTEGRITI SIRI 1/2017 - TIDAK BOLEH MENERIMA HADIAH


HEBAHAN: E-PEMBELAJARAN SEKTOR AWAM (EPSA)


Tuesday, 10 January 2017

PENGUJIAN KELAJUAN LEBAR JALUR (BANDWIDTH) DI SEKOLAH




Perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Disampaikan maklumat berikut untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.
    1. Lampiran 1- Tatacara Pengujian kelajuan Lebar Jalur (Bandwidth) sekolah.
    2. Lampiran 2 - Laporan pengujian perbekalan Lebar Jalur (Bandwith) sekolah Kedah.

3. Pihak sekolah perlu menghantar Lampiran 2 ke PKG, sebelum 25hb setiap bulan bermula Januari 2017.

Lampiran 1 (Tatacara)           - Download

Lampiran 2 (Borang Laporan) - Download

Monday, 20 June 2016

KAMPUS ASTRO

Kampus Astro adalah salah satu inisiatif pembelajaran di bawah program tanggungjawab sosial korporat Astro. Dilancarkan pada akhir tahun 2008, misi program Kampus Astro adalah untuk membawa satu pengalaman pembelajaran yang holistik dan menyeronokkan dengan sumbangan  sebuah dekoder Astro yang mempunyai fungsi rakaman sehingga 80 jam, satu unit televisyen LCD dan akses kepada 15 siaran antarabangsa dan tempatan kepada lebih dari 10,000 sekolah kebangsaan dan menengah kerajaan (anggaran lebih kurang 5.3 juta pelajar) termasuk Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) di seluruh Malaysia.

Di bawah program Kampus Astro ini, kami bukan hanya membekalkan set peralatan Kampus Astro dan akses kepada siaran program pembelajaran sahaja, malah kami juga menitikberatkan latihan penggunaan kepada guru-guru media, perkembangan kandungan pembelajaran yang lebih berkualiti dan relevan untuk pelajar-pelajar Malaysia dan juga aktiviti jangkau luar bersama guru dan pelajar.
Kini, sekolah-sekolah seluruh Malaysia mampu menonton saluran-saluran yang khas termasuklah RTM 1, RTM 2, Astro Tutor TV, Astro TVIQ, Astro Xiao Tai Yang, Astro Ceria, Astro Arena, Astro Awani, Bernama TV,  Disney Channel, History Channel, Discovery Channel, Discovery Science, Animal Planet dan National Geographic Channel.
Untuk keterangan lebih lanjut sila klik di sini

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SSQS TAHUN 2016

Makluman Awal



* PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) AKAN BERMULA PADA 15 JULAI HINGGA 30 OGOS 2016

#MalaysiaNgaji


Sunday, 29 May 2016

Pengurusan Penyerahan Bateri Chromebook Yang Dilaporkan Menggelembung Kepada Pihak BTP PMO

Perkara diatas adalah dirujuk
 
2. Surat YTLC (SA/KPM/CB/KSU/2016/05/001) bertarikh 3 Mei 2016 adalah berkaitan.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa YTLC bersetuju untuk menggantikan bateri Chromebook WiMAX yang menggelembung tanpa sebarang kos walaupun waranti bateri telah tamat.
 
Untuk makluman, aduan bateri Chromebook WiMAX yang menggelembung perlu dilaporkan oleh pihak sekolah kepada meja bantuan YTLC selewat-lewatnya pada 30 Jun 2016. Pihak YTLC akan menggantikan bateri tersebut secara penggantian secara one off dan selepas itu tiada lagi penggantian bateri Chromebook WiMAX lagi. 
 
Sebagai ingatan bersama, gambar di bawah merupakan Chromebook WiMAX yang boleh dicam melalui:
 
i.                     Logo ‘yes’ berwarna kelabu
ii.                   Sticker kuning (sticker ungu untuk Chrome Lab 2)
 
 
 
 
Sebarang masalah boleh berhubung terus dengan PKG Bujang

Saturday, 28 May 2016

PERTANDINGAN WACANA KESELAMATAN ICT KEBANGSAAN

PIALA CABARAN CYBERSAFE (NATIONAL ICT SECURITY DISCOURSE: CYBERSAFE CHALLENGE TROPHY (NICTSeD 2016))
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah boleh mendapatkan maklumat lanjut dan penyertaan berkenaan Piala Cabaran Cybersafe melalui akses www.cybersafe.my/en/nictsed/

Saturday, 14 May 2016