Wednesday 9 July 2014

PEMANTAUAN INSIATIF ICT SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI KEDAH

TARIKH : 15 - 16 JULAI (SELASA DAN RABU)
MASA : 8.30 PAGI
SEKOLAH YANG TERLIBAT : SMK AMAN JAYA
SK.SEMELING
SK.HAJI OMAR TAHIR
PEGAWAI PEMANTAU : EN.MOHD ASRI BIN SHUIB
EN.MOHD FAIRUZ BIN ABD LATIF
EN.MOHAMMAD AZHAM BIN AWANG

Program AnuraQuest mengimarakan Frog VLE


aqtt2_1PROGRAM ANURAQUEST adalah satu pertandingan pembelajaran berasaskan projek (Project Based Learning) yang dibuat melalui platform Frog VLE. Matlamat akhir program ini ialah untuk mewujudkan satu ensiklopedia digital di setiap sekolah yang boleh dijadikan sebagai gedung ilmu warga sekolah. ‘Anura’ ialah nama saintifik bagi katak manakala ‘quest’ ialah satu pencarian. Maka ‘AnuraQuest’ bermaksud satu pencarian ilmu pengetahuan yang tidak ada penghujungnya.
Konsep ini menggunakan teori konstruktivisme, iaitu pelajar mencari, mengumpul dan membuat rumusan suatu maklumat. Selain daripada menggalakkan proses inkuiri, pendekatan ini juga menyokong gaya pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, motto bagi program ini ialah ‘Ke Arah Melahirkan Pelajar Abad Ke-21′. Perbincangan tentang program ini boleh diikuti di http://www.facebook.com/anuraquest.

Portal eGuru


Muka depan Portal eGuru


Portal eGuru adalah satu portal KPM/BTP yang memuatkan video-video  sebagai rujukan dalam pelaksanaan SKPM khasnya Standard 4.0: Pengajaran dan Pembelajaran. Pengguna boleh memuatnaik video sendiri setelah mendaftar. Portal yang menyokong konsep user generated content seperti ini merupakan satu ciri yang baik. Tahniah kepada BTP atas usaha ini. Pautan di sini.