Monday 16 July 2018

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARS (SSQS) TAHUN 2018


Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Tuan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dilampirkan surat berkenaan untuk pihak tuan panjangkan ke pihak sekolah.

3.  Kata laluan untuk admin sekolah adalah : KOD SEKOLAH

4. Mohon kerjasama pihak tuan untuk memantau pelakasanaan penarafan SSQS 2018 dari masa ke semasa sehingga tarikh akhir 30 OGOS 2018. Elakkan penarafan  di saat-saat akhir.


Saturday 14 July 2018

PERTANDINGAN PORTAL & LAMAN WEB SEKOLAH NEGERI KEDAH 2018

Tuan/puan,

2.  Dimaklumkan bahawa, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah akan menganjurkan Pertandingan Portal dan Laman Web Sekolah bagi sekolah-sekolah di negeri Kedah. Pertandingan ini adalah salah satu aktiviti utama dalam Anugerah TMK Peringkat Negeri Kedah yang dijangka akan diadakan pada bulan Oktober 2018.
 
3.  Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah di negeri Kedah. Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan iaitu portal / laman web dandashboard / site VLE sekolah. Hanya satu kategori sahaja dibenarkan untuk disertai. Weblog atau blog tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Julai 2018.

4.  Pendaftaran boleh dibuat atas talian di http://btpnkedah.moe.gov.my/websekolah 

5.  Sebarang pertanyaan boleh hubungi PKG masing-masing atau pegawai meja pertandingan ini iaitu Encik Muhammad Zamani bin Zakaria di talian 047740800 sambungan 814 .