Saturday 12 July 2014

Membuat Carta Secara Online


ChartGizmo
Adakah anda memerlukan carta daripada data-data anda..? Anda boleh membuat carta secara online di ChartGizmo. Apliaksi ini membolehkan anda membuat tiga jenis carta iaitu, carta bar, carta pai dan carta garis. Perkhidmatan ini adalah percuma namun perlulah mendaftar terlebih dahulu. Manual disediakan oleh penyedia perkhidmatan. Carta-carta yang dihasilkan bolehlah digunakan dalam pembentangan anda, brosur, blog atau sebagainya kerana hasil carta juga boleh disimpan dalam bentuk HTML. Selamat mencuba.

Category Pembestarian

Apakah Pembestarian Sekolah

Logo Sekolah Bestari: Mendidik Jiwa dan Minda
APAKAH ITU PEMBESTARIAN SEKOLAH?
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri(self-paced).