Wednesday 9 July 2014

Program AnuraQuest mengimarakan Frog VLE


aqtt2_1PROGRAM ANURAQUEST adalah satu pertandingan pembelajaran berasaskan projek (Project Based Learning) yang dibuat melalui platform Frog VLE. Matlamat akhir program ini ialah untuk mewujudkan satu ensiklopedia digital di setiap sekolah yang boleh dijadikan sebagai gedung ilmu warga sekolah. ‘Anura’ ialah nama saintifik bagi katak manakala ‘quest’ ialah satu pencarian. Maka ‘AnuraQuest’ bermaksud satu pencarian ilmu pengetahuan yang tidak ada penghujungnya.
Konsep ini menggunakan teori konstruktivisme, iaitu pelajar mencari, mengumpul dan membuat rumusan suatu maklumat. Selain daripada menggalakkan proses inkuiri, pendekatan ini juga menyokong gaya pembelajaran abad ke-21. Oleh itu, motto bagi program ini ialah ‘Ke Arah Melahirkan Pelajar Abad Ke-21′. Perbincangan tentang program ini boleh diikuti di http://www.facebook.com/anuraquest.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.